arXiv.itsnick.co

an independent field guide to 23 million papers from arXiv & OpenAlex — not affiliated with arXiv.org

Social Sciences · Education

THE INTELLIGIBILITY OF TACTILE GRAPHICS AS PERCEIVED BY BLIND STUDENTS

John Cheah, Kheng Ho, Sekolah Pendidikan Khas, Oku Penglihatan Setapak, Sandiyao Sebestian

See on the map

Abstract

Gambar rajah timbul ialah komponen yang penting dalam pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan. Untuk menguji keberkesanannya, peserta tinjauan telah memberipersepsi mereka tentang sejauh manakah gambar rajah timbul yang digunakan di sekolah mengakuri spesifikasi yang disyorkan oleh para penyelidik serta badan-badan profesional yang mengeluarkan gambar rajah timbul. Data yang dikumpul dicerakinkan dan dihuraikan demi menentukan aspek reka bentuk gambar rajah timbul yang perlu diberi lebih perhatian dalam usaha meningkatkan mutunya. Dimensi reka bentuk gambar rajah timbul yang mendapat skor melebihi markat min ialah susun letak maklumat, kejelasan simbol timbul, dan keringkasan gambar rajah. Dimensi yang mendapat skor kurang daripada min ialah kesesuaian simbol, dan arahan kepada pengguna. Sebanyak 28 spesifikasi reka bentuk gambar rajah timbul disenaraikan mengikut urutan skor yang diberikan oleh responden soal selidik terhadap sejauh manakah setiap satu spesifikasi itu telah diakuri dengan baik. Hasil dapatan kajian ini dapat membantu guru dan pembuat gambar rajah timbul mengenal pasti aspek reka bentuk yang perlu diberi lebih perhatian supaya ianya sesuai dan dapat digunakan dengan berkesan oleh pelajar cacat penglihatan.

More like this